Pengumuman untuk Ahli KyoChingu Setia Kami!
Yang dihargai KyoChingus,
Terima kasih atas sokongan berterusan anda! Kini kami kembali dengan program kesetiaan yang lebih menarik dan relevan khas untuk anda.
Program baharu ini menggunakan sistem mata ganjaran, dengan lebih daripada 30 ganjaran berkualiti yang boleh ditebus di 23 cawangan KyoChon di seluruh negara!
Jika anda merupakan ahli KyoChingu sebelum Ogos 2023, anda hanya perlu daftar akaun baharu menggunakan emel dan nombor telefon lama anda di loyalty.kyochon.com.my. Kredit yang anda peroleh sebelum ini akan dikembalikan ke akaun anda dalam bentuk mata KyoChingu dalam tempoh 14 hari, dengan tempoh sah selama setahun.
Cara Ia Berfungsi
- Jika anda mempunyai RM1 dalam kredit, anda akan menerima 10 mata KyoChingu!
- Untuk jumlah perpuluhan seperti RM7.20, kami akan bulatkan ke Ringgit terdekat — dalam kes ini RM8, memberikan anda 80 mata KyoChingu!
Cara Untuk Mendapatkan Akaun KyoChingu Baharu
- Layari loyalty.kyochon.com.my
- Pilih ‘Sign Up / Login’
- Masukkan emel dan nombor telefon lama anda (pastikan tepat!)
- Cipta kata laluan baharu
- Anda kini boleh log masuk ke akaun anda
- Pasukan kami akan memulangkan mata ganjaran ke akaun anda dalam tempoh 14 hari
- Dan anda boleh nikmati lebih banyak ayam kegemaran anda 😉
Jika anda menghadapi sebarang kesukaran atau ingin berbincang mengenai akaun anda, sila emel kami di loyalty@kyochon.com.my. Kami sentiasa sedia membantu anda.
Itu sahaja! Kini anda boleh menggunakan mata ganjaran anda untuk menebus pelbagai hadiah dan tawaran menarik dari KyoChon! Kami amat menghargai kesetiaan anda, dan teruja untuk mempertingkat pengalaman anda bersama program kesetiaan KyoChingu yang baharu ini.
Teruskan mengikuti kami untuk lebih banyak kemas kini menarik, dan terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga KyoChon!
Salam hormat,
Pasukan KyoChon ✨

